jeudi 2 octobre 2014

Beri pelepasan cukai kepada PKS guna teknologi

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menawarkan pelepasan cukai kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi penggunaan teknologi dalam pengumuman Bajet 2015, kata pengeluar peralatan rangkaian."Kebanyakan PKS mempunyai persepsi bahawa teknologi maklumat adalah mahal.



Mereka tidak berani berubah dan tidak memahami pulangan pelaburan dalampenggunaan teknologi maklumat. "PKS perlu diberi insentif dari segi kewangan berikutan mereka merupakan pemacu ekonomi negara," kata Pengurus Negara Cisco Systems (Malaysia) Sdn Bhd Albert Chai. Insentif cukai melengkapkan banyak geran dan subsidi sedia ada kerajaan untuk membantu PKS terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan, katanya. Chai membuat kenyataan itu apabila diminta mengulas mengenai pengumuman bajet yang dijadual pada 10 Okt, pada sidang media sempena forum Cisco Connect 2014 di sini hari ini.Daripada pengalaman Cisco berurusan dengan PKS tempatan, Chai berkata perniagaan ini lambat untuk mengguna pakai teknologi maklumat dengan 70 peratus daripadanya tidak mempunyai operasi dalam talian. PKS menyumbang lebih 90 peratus daripada perniagaan tempatan. - Bernama




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire