Bergelar seorang model bermakna anda perlu menjaga bentuk badan dan kekal sihat pada masa yang sama.
Bagi supermodel veteran Cindy Crawford, dia tidak akan berlapar semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang sempurna, sebaliknya dia hanya perlu mengamalkan cara pemakanan yang betul agar kekal sihat dan kuat.
"Sekiranya saya menjalani sesi penggambaran, saya akan makan nasi perang bersama sayur-sayuran. Saya tahu ia memberi khasiat dan membuatkan saya kenyang," ujarnya seperti dipetik dari Allure.
Namun model berusia 48 tahun ini sebenarnya tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat sejak dari muda, sebaliknya ia berubah selepas bertemu jurulatih senaman peribadinya.
"Saya membesar di Midwest dimana apa yang saya makan hanyalah stik daging dan adakalanya bersama sayur-sayuran dan keju di atasnya. Saya ke New York ketika berusia 20 tahun dan itulah pertama kali saya membuat keputusan sendiri tentang makanan. Saya berada di set penggambaran dan melihat banyak bagel dan saya rasa sangat gembira. Ianya sangat teruk.
"Selepas itu saya bertemu Radu, jurulatih senaman pertama saya dan semuanya berubah. Saya masih tidak suka untuk bersenam, tetapi saya suka rasa berkuasa dan mampu lakukan apa sahaja. Saya suka apabila saya boleh berlumba dengan anak-anak saya di pantai dan menolong suami saya untuk mengubah sofa.
"Untuk kekal sihat dan kuat, diet saya memainkan peranan yang besar. Seorang doktor pernah memberi nasihat, "Ketahui berat badan ideal anda dan kekalkan. Pastikan ia bukan kurus kerana sukar untuk kekalkannya". Saya tidak akan berlapar," katanya.
http://ift.tt/1CVyMv3
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire