KUALA LUMPUR, 23 Okt - Jurutera kimia Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Sy Mohd Faiz Sy Mohd Fuzi, menerima Anugerah Jurutera Muda Kimia (IChemE) pada majlis Anugerah Institusi Jurutera Kimia (IChemE) Malaysia tahunan baru-baru ini.
Anugerah ini adalah bagi inovasi dan kecemerlangan yang mengiktiraf serta memberi penghargaan kepada pencapaian kejuteraan kimia di peringkat individu serta pasukan.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Bhd (PCG), Sazali Hamzah berkata: "Petronas merupakan organisasi pertama di Malaysia yang menerima status Skim Latihan Syarikat Bertauliah (ACTS) daripada IChemE bagi skim latihan Pembangunan Keupayaan Dipercepatkan (ACD) PCG, untuk melahirkan lebih ramai jurutera kimia yang berkelayakan dan mahir yang diperlukan kita," katanya.
Petronas bekerjasama dengan ICHemE, sebuah badan antarabangsa yang memberikan perkhidmatan bagi mereka yang terlibat dalam kejuteraan kimia, biokimia dan pemprosesan serta mewakili kepentingan mereka di seluruh dunia.

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire