TANAH MERAH, 23 Okt - Sejumlah 70,362 penunggang motosikal di seluruh negara kini memiliki lesen memandu kelas B2 melalui Program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (SKSJ), yang diperkenal sejak 2009.
Program itu memberi tumpuan kepada penunggang berumur 45 tahun dan ke atas kecuali masyarakat Orang Asli, yang berusia 21 tahun dan ke atas.
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan/Operasi JPJ Datuk Yusoff Ayob berkata pihaknya menyasarkan 3.4 juta penunggang motosikal di seluruh negara mempunyai lesen memandu kelas B2 menerusi program itu pada 2020.
"JPJ menggunakan pendekatan turun padang dan berjumpa masyarakat terutama warga emas (yang menunggang motosikal) tetapi belum memiliki lesen memandu Kelas B2," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Program SKSJ yang menyaksikan 339 warga emas menerima Lesen Memandu Percubaan (P) bagi kelas B2 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Suria 3 di sini pada Khamis.
Turut hadir Pengarah JPJ Kelantan Abd Ghani Che Kasim.
Yusoff berkata menerusi program itu, peserta hanya perlu membayar kos paling minimum iaitu RM150 seorang berbanding kos sebenar yang mencecah RM500 seorang.
"Mereka yang menerima lesen melalui program ini didedah dan diajar mengikut modul pembelajaran sama seperti di institut memandu yang lain," katanya.
Di Kelantan, beliau berkata sejumlah 4,985 penunggang mendapat lesen memandu kelas B2 menerusi 16 program SKSJ.
Sementara itu, Yusoff berkata tempoh penguatkuasaan cermin gelap yang dilanjut sehingga 1 Mei 2015 bertujuan memberi peluang kepada pengguna untuk memahami dan mematuhi peraturan berkenaan.
Selepas tempoh lanjutan, pihaknya akan mengambil tindakan dengan mengeluarkan saman kepada mereka yang didapati tidak mematuhi peraturan, kecuali mereka mempunyai surat kebenaran berhubung soal kesihatan dan keselamatan.

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire