PASARAN ekuiti tempatan dijangka mencatatkan kenaikan menjelang pengumuman Bajet 2015 tetapi mungkin berdepan aktiviti pengambilan untung segera, melihat kepada sejarah trend pasaran itu sejak 13 tahun lepas, kata JF Apex Securities Bhd.
Firma penyelidikan itu berkata antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan pasaran ekuiti ialah ketegangan geopolitik di Iraq, demonstrasi di Hong Kong ketika ini dan dasar bajet baharu yang akan diumumkan dalam pembentangan bajet pada 10 Oktober ini.
Mengikut analisisnya, JF Apex berkata, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) cenderung meningkat seminggu sebelum pengumuman bajet seperti
yang dilihat dalam 11 daripada 13 tahun sebelum ini.
"Pengecualian trend ialah pada 2002 disebabkan aliran menurun pasaran manakala pada 2003, merebaknya wabak SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk),"
kata firma itu dalam nota penyelidikannya hari ini.
Sepanjang tempoh 11 tahun itu, indeks komposit naik sebanyak 1.1 peratus. Pada 2002 dan 2003, FBM KLCI turun masing-masing sebanyak 2.3 peratus dan 2.1 peratus, seminggu sebelum pengumuman bajet dan terus menurun sebanyak 3.8 peratus dan 0.4 peratus pada minggu berikutnya. - Bernama

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire