Matrade
PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menggalakkan pengeksport Malaysia meneroka pasaran Brazil yang menarik, yang menawarkan pelbagai peluang perniagaan.Matrade dalam satu kenyataan berkata Persatuan Kosmetik, Haruman dan Kelengkapan Dandanan Diri Brazil, baru-baru ini mengumumkan bahawa menjelang 2020, Brazil akan menjadi pasaran produk kecantikan diri terbesar di dunia.Brazil kini merupakan pasaran ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan Jepun, yang meliputi kosmetik hijau, dengan jumlah permintaan berkembang lebih daripada 10 peratus sejak 2012.Pada 2013, saiz pasaran kosmetik di Brazil bernilai RM45 bilion dengan kosmetik yang diimport dan kelengkapan peribadi menyumbang 8.1 peratus daripada penggunaan domestik.Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di Sao Paulo, Yusram Yusup, berkata pengeksport Malaysia digalakkan membekal produk kosmetik dan penjagaan diri siap serta mengedarkan bahan-bahan mentah hijau dan mesra alam kepada pengeluar kosmetik dan kelengkapan dandanan tempatan."Syarikat Malaysia juga wajar menimbang melantik wakil atau pengedar di Brazil berikutan halangan bahasa dan perbezaan budaya perniagaan."Pengeksport Malaysia juga dinasihatkan seupaya melakukan kajian pasaran sebelum mendapatkan ejen, wakil atau pengedar," katanya. - Bernama
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire