NAIB Setiausaha Agung Eksekutif Majlis Perniagaan China-Asean, Xu Ningning menggalakkan syarikat-syarikat di bandar raya Nantong, Wilayah Jiangsu di timur China agar melabur di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) Malaysia.
Beliau yakin syarikat-syarikat berkenaan boleh memanfaatkan pelabuhan itu, yang terletak di tengah-tengah 50 laluan perkapalan antarabangsa, untuk menjual bahan binaan, produk elektronik, makanan dan barangan kepada dunia, demikian menurut laporan agensi berita Xinhua.
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009, manakala Malaysia menjadi rakan dagang terbesar China antara negara Asean sejak 2008.
Kedua-dua negara bersedia untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak US$160 bilion menjelang 2017.
Selain memanfaatkan pasaran Malaysia sahaja, Xu turut menggalakkan syarikat-syarikat di bandar raya Nantong supaya meraih peluang yang telah lama wujud dan meneroka pasaran Asean secara aktif.
Menurut Xinhua, Xu juga menasihat perniagaan di Natong supaya melihat negara-negara Asean untuk peluang perniagaan, sebagai contoh projek pembinaan, dengan Kawasan Perdagangan Bebas China-Asean ditingkatkan. - Bernama

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire