dimanche 23 novembre 2014

Kenapa Tekam diberhentikan?

SETIAUSAHA Tekam, Shahrudin Shafie mendakwa, syarikat tidak diberitahu secara rasmi sebab- sebab pemberhentian pemberian kuota tersebut.



“Kami juga tidak diberikan peluang membela diri dan kami hanya diberitahu secara lisan dalam satu taklimat pada tahun 2012 selepas dua tahun keputusan dibuat.



“Walaupun tidak diberitahu secara rasmi, kami didakwa dalam taklimat itu yang bermaksud kami menyebabkan lambakan pekerja asing, dituduh menindas pekerja asing, kami tidak dianggap majikan dan kami juga disifatkan sebagai terlibat dalam memperdagangkan orang,” katanya.



Menurutnya, masalah lambakan pekerja asing bukan angkara sistem outsourcing berperaturan.



“Syarikat outsourcing sebagai punca lambakan pekerja asing. Tohmahan itu tidak disokong dengan data konkrit yang boleh mengaitkan syarikat outsourcing dengan lambakan tersebut dan bilangan pekerja yang terlibat.



“Pemerhatian kami mendapati lambakan pekerja asing ini timbul apabila kerajaan memberikan kelulusan khas semasa pembekuan pengambilan pekerja asing Bangladesh dalam tahun 2007/2008. Dalam hal ini sebahagian besar bilangan pekerja terlibat dibawa bukan di bawah outsourcing dan jika ada pun melibatkan syarikat outsourcing sebilangan kecil saja,” katanya.



Beliau berkata, sebahagian syarikat outsourcing hanya membawa sebilangan kecil atau tiada langsung pekerja Bangladesh.



“Setiap pengambilan pekerja Bangladesh pada masa itu adalah atas konsep kelulusan khas, tidak semua syarikat outsourcing mendapat keistimewaan kelulusan khas ini.



“Masalah lambakan pekerja asing ini hanya dirasakan semasa kegawatan pada 2008 dan ekonomi negara telah pulih,” katanya.



Shahrudin berkata, syarikat outsourcing terpaksa membelanjakan dalam lingkungan RM5,000 bagi setiap pekerja sektor pembuatan yang dibawa.



Tambahnya, ini termasuk bayaran levi dan lain-lain bayaran seperti insurans, fomema, tambang, bayaran perkhidmatan di negara sumber, pengangkutan, perumahan, pendahuluan gaji bulanan dan lain- lain perbelanjaan.



Dalam pada itu katanya, kerajaan boleh menamatkan sistem outsourcing secara berperaturan ini tetapi ia tidak akan dapat menghapuskan sistem outsourcing itu sendiri.



"Kerajaan memperkenalkan sistem outsourcing secara berperaturan dan terkawal.



"Sebelum wujudnya sistem outsourcing berperaturan ini peranan syarikat outsourcing dijalankan oleh ejen haram.



"Ejen ini akan membawa masuk pekerja menggunakan syarikat yang ditubuhkan semata- mata untuk mendapatkan kelulusan pekerja asing dengan bilangan yang besar," katanya.



Shahrudin berkata, pekerja itu akan dibekalkan kepada majikan yang atas sebab- sebab tertentu tidak mahu menggaji pekerja secara terus.



“Pekerja ini akan dibekalkan berasaskan kontrak pembersihan dan pencucian atau kontrak untuk perkhidmatan tertentu untuk perkhidmatan tertentu seperti pembungkusan,” katanya.



Tambahnya lagi, selepas diperkenalkan sistem outsourcing berperaturan peranan ejen haram ini telah dapat diminimumkan.



“Dengan pemberhentian sistem outsourcing berperaturan ini akan mengakibatkan peranan syarikat outsourcing berdaftar diambil alih ejen haram.



"Ejen ini boleh mendapatkan kelulusan secara langsung dan biasanya dengan bilangan besar,” katanya.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire