DEWAN Usahawan Industri Desa Malaysia (Duid) bakal membuka sebuah pusat pemasaran atau lebih dikenali sebagai pasar mini khas menjual produk usahawan industri desa, tahun depan.
Presidennya, Datuk Zubir Zabidi berkata, pusat pemasaran berkonsepkan dua dalam satu melibatkan coffee shop dan pasar mini itu dijangka dilancarkan pada Januari atau Februari depan di Wisma Duid, Kuala Lumpur.
Sekarang, kita sedang kenal pasti kontraktor untuk proses ubahsuai kedai. Kita melabur lebih RM500,000 untuk hiasan dalaman dan membawa masuk mesin, peralatan serta barangan usahawan industri desa.
Kita akan tempatkan makanan segera keluaran usahawan kita di ruangan coffee shop yang turut dilengkapi meja dan kerusi untuk pengunjung makan di sini. Manakala, pasar mini dibuka di belakangnya, katanya.
Zubir yang juga Pengerusi Koperasi Duid (Co-Duid) berkata, Duid menerusi koperasinya akan mengumpul semua barangan daripada ahli di setiap negeri untuk memasarkan produk mereka di dalam pusat pemasaran itu kelak.
Setiap negeri perlu cadang produk ingin diketengahkan untuk dijual.Contohnya, orang Melaka mungkin akan pilih cencaluk untuk dipasarkan dan Kedah, mungkin ikan pekasam.
"Co-Duid akan diberi peranan sepenuhnya dalam mengendalikan kafe dan pasar mini itu kelak, katanya.
Menariknya produk usahawan industri desa itu akan dijual pada harga berpatutan dan mungkin lebih rendah.
Ini kerana, kami tidak amalkan konsep orang tengah, sebaliknya ahli Duid akan jual produk kepada kami dan kami pula terus pasarkan kepada pengguna, katanya.
Bantu naik taraf pembungkusan ahli
Bukan itu sahaja, menurut Zubir, pihaknya juga akan membantu ahlinya menaik taraf pelabelan dan pembungkusan produk supaya menarik.
Pada masa akan datang, Zubir berkata, Duid merancang membuka banyak cawangan pusat pemasaran di seluruh negara.
Kita akan cari lokasi strategik di bandar atau tumpuan orang ramai seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).
Jika ia berjaya, konsep barter trip akan dijalankan iaitu barangan daripada negeri lain akan dihantar ke negeri lain. Selain itu, kita juga akan wujudkan pusat pembungkusan di peringkat nasional, katanya.
Duid juga merancang memperluaskan pusat pemasarannya untuk produk lain seperti kedai pakaian dan perabot.
Sesuai dengan fungsinya sebagai pemudah cara kepada ahlinya, Zubir berkata, Duid akan meluaskan rangkaian pemasaran produk usahawan industri desa dengan memperkenalkan pemasaran menerusi jualan atas talian (online).
Kita akan laksanakannya pada tahun depan. Dari segi pengurusannya, Duid yang kendalikan iaitu pembeli akan buat pembayaran kepada kita dan kita akan serah bayaran kepada ahli kita.
Jadi usahawan ini tidak perlu ada pusat pengumpulan barangan yang besar, cuma jika ada tempahan, ahli kena buat penghantaran kepada pembeli, katanya.
Komited bangun usahawan desa
Duid yang ditubuhkan pada 18 Jun 1998 diasaskan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Luar Bandar) denganobjektif menggembleng usahawan luar bandar dan desa.
Tugas kita adalah menyatupadukan usahawan industri desa seluruh negara dan mewujudkan jaringan antara mereka serta mencetuskan peluang perniagaan sesama usahawan industri itu.
Kita juga menyediakan latihan kepada pengusaha dalam bidang keusahawanan seperti pentadbiran, perakaunan, pengurusan dan pemasaran serta memberi tumpuan kepada peningkatan program penyelidikan dan pembangunan,"ujarnya.
Sehingga kini, Duid mempunyai 78,037 usahawan termasuk 65,000 ahli sandaran terdiri golongan baharu berniaga seperti ibu tunggal dan orang berpendapatan rendah yang menjalankan perniagaan di rumah secara kecil-kecilan, tanpa berdaftar.
Kira-kira 42 peratus ahli Duid terdiri daripada usahawan perniagaan makanan, selebihnya ada terlibat sektor lain antaranya perabot, kosmetik, labu sayong dan sistem solar.
Menurutnya, ahli sandaran boleh mengikuti program dan kemudahan disediakan Duid kecuali tidak boleh mengundi ketika mesyuarat agung.
Kita akan bantu ahli dari segi pembangunan produk seperti pembungkusan, pelabelan dan pemasaran termasuk ke peringkat eksport ke luar negara. Kita akan lihat kemampuan dan kapasiti usahawan itu sendiri untuk bantu mereka.
Contohnya, katakan usahawan itu buat kerepek, tetapi dia masih belum bersedia pergi ke pasaran lebih besar seperti memasuki pasar raya, kita akan bantu mereka pasarkan produk di pasar malam. Kumpulan seperti ini akan kita naik tarafkan untuk bantu mereka dari segi persembahan produk supaya ia kelihatan menarik, katanya.
Zubir berkata, Duid juga menjadi ejen pelaksana kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam pelaksanaan Program 1Azam Bandar untuk golongan miskin bandar.
"Tugas kami adalah mengenal pasti golongan berpendapatan kurang RM3,000 dan membantu mereka meningkatkan pendapatan dengan 13 modul disediakan yang menepati kehendak dalam bandar antaranya perniagaan salon, spa, penyelenggaraan landskap, memperbaiki kasut, kedi golf dan dobi.
"Kita akan adakan program transformasi minda kepada mereka yang bukan berlatarbelakangkan usahawan, kemudian beri latihan.
Contohnya belajar buat pastri daripada ahli Duidmempunyai kemahiranitu dan akhirnya beri peralatan bagi membolehkan mereka mulakan perniagaan di rumah," katanya.

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire