Melaka: Seorang mak nyah didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah melacur di sebuah hotel di Jalan Munshi Abdullah, awal bulan ini.
Hukuman itu diputuskan Majistret Norina Maludin terhadap VB Vaishnavi, 41, dari Setapak, Kuala Lumpur yang mengaku salah selepas pertuduhan terdapatnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel di Jalan Munshi Abdullah di sini, kira-kira jam 4.30 petang pada 7 November 2014.
Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Norina memerintahkan tertuduh didenda RM1,700 atau dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
- See more at: http://ift.tt/1qZjg1x

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire