Mahdzir (dua, kanan) bersama anggota jabatan bomba dan penyelamat memandikan kanak-kanak sebelum bersunat pada Majlis Khatan Perdana di Hospital Kuala Nerang.
KUALA NERANG - Seramai 50 kanak-kanak sekitar Padang Terap menyertai Majlis Berkhatan Perdana di Hospital Kuala Nerang, semalam.
Mohd Naufal Mansor, 7, dari Kampung Rambutan berkata, dia lebih bersemangat untuk bersunat pada tahun ini selepas upacara itu dilakukan bersama rakan lain.
"Mula-mula rasa takut tapi bila lihat ada kawan-kawan saya lebih bersemangat," katanya.
Bagi Mohd Naim Zainal, 10, dari Kampung Dalam, Mukim Kurung Hitam, dia gembira dapat bersunat dengan adiknya, Mohd Lokman Zainal , 9, di hospital itu.
Saya dan adik mahu cepat disunatkan kerana malu jika umur dah lebih, lagi pun, bila sunat nanti kami boleh ikut bapa ke masjid kerana saya dah besar, katanya.
Program tahunan anjuran Lembaga Pelawat Hospital dan Hospital Kuala Nerang itu dirasmikan Timbalan Menteri Tenaga air dan hijau, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Hadir sama, Pengarah Hospital Kuala Nerang, Dr Abdul Malek Othman.
Mahdzir berkata, program ini diadakan setiap tahun supaya dapat mengumpulkan seluruh kanak-kanak di daerah ini bagi mengurangkan perbelanjaan untuk bersunat.
"Dengan kerjasama pihak hospital, kanak-kanak berkhatan pada majlis ini tidak dikenakan bayaran," katanya.
http://ift.tt/1qZjhmf
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire