lundi 26 janvier 2015

UPSR bocor: Bekas pengarah, timbalan Lembaga Peperiksaan tak bersalah







Kuala Lumpur: Bekas Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak dan bekas Timbalan Pengarah Operasi Dr Wan Ilias Wan Salleh didapati tidak bersalah berikutan kes kebocoran soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.



Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, laporan akhir hasil siasatan Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam di Malaysia mendapati kedua-dua pegawai itu tidak terbabit dengan perbuatan tersebut dan dibenarkan bertugas seperti biasa.



Bagaimanapun beliau berkata, mereka kini ditugaskan ke tempat lain.



"Mereka tidak bersalah tetapi ditukarkan ke tempat lain," kata beliau pada sidang media selepas menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Cambridge di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.



Rabu lalu , Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima laporan akhir berkenaan daripada Pengerusi jawatankuasa itu, Tun Zaki Azmi yang memuatkan 15 syor penambahbaikan peperiksaan awam di negara ini termasuk melibatkan definisi serta proses kerja di peringkat produksi, operasi dan pengurusan.



Ia turut mengandungi analisis dan penilaian terhadap proses kerja dan prosedur operasi standard pengurusan peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan.



Jawatankuasa itu ditubuhkan berikutan kebocoran kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2014 yang terpaksa diamabil semula oleh calon, tahun lalu.





- See more at: http://ift.tt/15GagEc




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire