TAN Sri Mohamed Shafie Abdullah yang mewakili kerajaan Negeri Sembilan dan lima yang lain ketika sidang media selepas permohonan dibenarkan Mahkamah Persekutuan. FOTO Yazit Razali
Putrajaya: Mahkamah Persekutuan Putrajaya membenarkan permohonan Kerajaan Negeri Sembilan untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu lelaki transgender Islam yang dibenarkan berpakaian seperti wanita.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara membenarkan permohonan itu.
Hakim Md Raus memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bagi menjawab persoalan sama ada Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan 1992 itu bertentangan dengan lima peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Pada 7 November 2014, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurusolek iaitu Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai tidak sah dan bertentangan di sisi Perlembagaan.
Dalam permohonan semakan kehakiman sebelum ini, pemohon mendakwa Seksyen 66, tidak terpakai terhadap mereka yang menghidap masalah identiti gender GID, selepas disahkan melalui laporan perubatan dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
- See more at: http://ift.tt/15Gahbi
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire