Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang menguruskan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) mengumumkan peruntukan pembayaran pengagihan pendapatan RM664.22 juta bersamaan 6.60 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2014.
Peruntukan pembayaran itu mencatatkan 13 peratus lebih tinggi berbanding tahun kewangan yang berakhir 30 September 2013 iaitu RM587.77 juta.
Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah pembayaran itu akan dapat dimanfaatkan 376,631 pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 10.22 bilion unit AS 1Malaysia.
"Sehingga 22 September lalu, tabung AS 1Malaysia memperolehi pendapatan kasar RM787.23 juta yang mana keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang RM435.89 juta atau 55.5 peratus.
"Manakala pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat pula menyumbang RM231.45 juta atau 29.4 peratus kepada jumlah pendapatan kasar berkenaan dan selebihnya iaitu RM118.89 juta atau 15.1 peratus diperolehi melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan," katanya di sini, hari ini.
http://ift.tt/1mPfpSI

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire