Petaling Jaya: Pengarah veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, yang dimasukkan ke hospital akibat serangan angin ahmar, meninggal dunia di kediaman anaknya di Bukit Utama, 9.35 malam tadi.
Berita berkenaan disahkan anak kedua arwah, Anwardi Jamil menerusi SMS.
Anwardi berkata, jenazah ayahnya akan dibawa pulang ke Janda Baik, Pahang dan akan dikebumikan sebelum solat Jumaat esok.
Allahyarham Jamil dibawa pulang dari Pusat Perubatan Pakar Universiti Malaya (PPUM) ke rumah anaknya itu, Kira-kira jam 11 pagi.
Ketika hayatnya Allahyarham pernah mengarahkan hampir 30 filem termasuk Batu Belah Batu Bertangkup, Bidasari, Si Tanggang, Permintaan Terakhir, Ranjau Sepanjang Jalan dan Jasmin.
http://ift.tt/VAiOrN
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire