GEORGE TOWN Jabatan Kesihatan Pulau Pinang memberi amaran kepada semua pengusaha kantin dan premis yang menjual makanan di negeri ini supaya menghentikan penggunaan alas pemotong sayur dan daging yang diperbuat daripada kayu.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, pihaknya memandang serius mengenai penggunaan alas pemotong jenis terbabit yang kebiasaannya tidak dibersihkan dengan sempurna oleh peniaga.
Jelas beliau, rekahan pada permukaan dan struktur pemotong kayu dikesan sebagai agen pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan pada makanan yang disediakan.
Artikel Penuh: http://ift.tt/1upmlIu
Hakcipta terpelihara
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire