mercredi 1 juillet 2015

Tenis Wimbledon: Tali bra hitam pemain Kanada cetus kontroversi



LONDON: Pemain tenis Kanada, Eugenie Bouchard terlepas hukuman daripada pengadil perlawanan di Wimbledon, Louise Engzell selepas didapati melanggar kod pemakaian ketika aksi Grand Slam itu.

Tampil selaku finalis di gelanggang sama, tahun lalu, pemain berusia 21 tahun itu didapati menggunakan tali coli berwarna hitam ketika bertemu pemain China, Ying Ying Duan.

Engzell turun ke gelanggang untuk melihat sama ada Bouchard melanggar kod pemakaian di Wimbledon, namun tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya.

Lebih malang buat Bouchard yang ketika ini menghuni ranking ke-12 dunia, dia tewas perlawanan menentang Ying Duan dengan keputusan 7-6 (7-3), 6-4.

Berdasarkan peraturan kod pemakaian Wimbledon, semua pemain perlu memakai 'hampir semuanya putih' ketika perlawanan di Kelab All England itu.

Ketika ditanya sama ada dia sedar tali colinya mencetus kebimbangan, Bouchard membalas: "Saya tidak perasan langsung mengenainya. Dan tiada siapa berkata sesuatu mengenai coli saya."

Laman web Wimbledon menetapkan; "Semua peserta perlu memakai pakaian tenis yang hampir sepenuhnya putih dan ini bermula daripada tempat di mana pemain memasuki persekitaran gelanggang.

"Sebarang pakaian sama ada dapat atau tidak dapat dilihat ketika permainan (termasuk akibat berpeluh) juga mesti benar-benar putih kecuali garisan tunggal tidak lebih daripada satu sentimeter.

"Di samping itu, standard kesopanan biasa perlu dikekalkan sepanjang masa." Bouchard ketika ini sudah tewas sembilan daripada 11 perlawanan terakhirnya. - AGENSI


Selanjutnya di : http://ift.tt/1GO0rQU


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire