Muhammad Musfarizan menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai polis Bahau pagi semalam. Gambar kanan: Muhammad Musfarizan melihat laporan polis dan geran motosikalnya.
BAHAU - Biarpun diberitahu kemungkinan untuk mendapatkan kembali motosikalnya yang hilang awal pagi semalam dalam keadaan lengkap hanya 30 peratus, seorang kerani yakin ia dapat ditemui dengan bantuan orang ramai.
Mangsa, Muhammad Musfarizan Mustafa, 28, berkata, dia menyedari motosikal jenis Yamaha 135 LC bernombor pendaftaran NCG 8712 hilang selepas dikejutkan ibunya, Siti Fatimah Ahmad, 59, sekitar jam 4.30 pagi.
Ketika itu mak bangun nak bersahur, kebetulan kedudukan garaj berdepan bilik tidur mak.
Saya pula tidur di ruang tamu, namun sebelum tidur sekitar jam 1 pagi tiada yang mencurigakan didengar dekat luar rumah, katanya.
Muhammad Musfarizan berkata, selepas pulang dari kerja, dia meletakkan motosikalnya di situ sekitar jam 7.30 malam, namun kira-kira jam 8 malam dia keluar semula dengan menaiki kereta.
Saya balik lebih kurang jam 12.30 malam dan tidur jam 1 pagi. Motosikal itu dalam keadaan berkunci pada handle, disc dan double stand.
"Kunci motosikal masih ada dalam simpanan manakala ketika meninjau dekat parkir, tiada pula kesan motosikal diseret. Puas saya cari di merata tempat tetapi tak jumpa, katanya.
Muhammad Musfarizan membuat laporan polis berhubung insiden itu di Balai Polis Bahau jam 8.50 pagi semalam.
Saya harap orang ramai dapat membantu polis mengesan motosikal saya berwarna hitam turut mempunyai stiker dan nama (Musfarizan) pada cover set motosikal.
Orang ramai boleh laporkan di balai polis berhampiran jika ada maklumat atau hubungi saya terus di talian 012-9248014, katanya.
sumber:http://ift.tt/1M2GMnj
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire