jeudi 30 juillet 2015

Budak setahun maut dilanggar Exora diundur bapa



KUANTAN: Seorang kanak-kanak berusia satu tahun maut selepas dilanggar bapanya yang mengundur kenderaan di sebuah rumah di Jalan Perajurit 7, Kompleks Perumahan TLDM, Taman Balok Perdana, di sini kira-kira jam 8 pagi tadi.

Mangsa, Azeem Iskandar Ridzdwan meninggal dunia selepas sejam mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, berkata mangsa dilanggar ketika bapanya yang juga anggota TLDM mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora untuk ke tempat kerja.

"Ketika bapa mangsa mahu keluarkan kenderaan daripada rumah secara tiba-tiba melanggar objek menyebabkan dia memeriksa di bahagian belakang MPV.

"Namun bapanya terkejut apabila melihat objek yang dilanggar itu adalah anaknya sendiri sebelum bergegas membawa mangsa ke HTAA untuk rawatan susulan," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Selanjutnya di : http://ift.tt/1Mv6HCU


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire