Azizan melihat wang palsu pada sidang media khas, semalam.
Seorang lelaki berusia 35 tahun yang berdepan tuduhan menggunakan wang palsu bukan saja tidak serik, malah sengaja mencari nahas apabila membawa sejumlah wang itu ketika menghadiri prosiding di Mahkamah Majistret Temerloh, kelmarin.
Tindakan kurang bijak lelaki itu terbongkar selepas dia ditahan polis di pekarangan mahkamah jam 3.30 petang dan pemeriksaan lanjut menemui 24 keping wang kertas bernilai RM100 dalam simpanannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Azizan Md Isa berkata, ciri wang itu jelas palsu iaitu mempunyai nombor siri sama, kualiti kertas biasa, warna pudar, selain gambar Yang di-Pertuan Agong tidak jelas.
Susulan itu, suspek ditahan reman sehingga 3 Ogos depan bagi siasatan lanjut manakala tiga rakan berusia 20 hingga 30 tahun yang menemaninya ketika di mahkamah turut ditahan bagi membantu siasatan, katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, semua yang ditahan didapati positif dadah jenis syabu dan siasatan awal juga mendapati tiga daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau termasuk suspek utama yang mempunyai 15 rekod berhubung kes ugutan jenayah, penipuan, samun, tipu dan menggunakan wang palsu.
- See more at: http://ift.tt/1gvbGI7
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire