Shafien (kiri) menunjukkan salah sebuah kereta mewah yang ditemui semula selepas menumpaskan Geng Dinesh pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.
SHAH ALAM Polis menumpaskan Geng Dinesh yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan sejak awal tahun ini dengan tertangkapnya lima suspek termasuk ketua kumpulan itu di lokasi berasi*ngan baru-baru ini.
Tangkapan pertama melibatkan dua suspek di Taman Tun Dr. Ismail Jaya di sini pada 21 Julai lalu sebelum tiga lagi suspek diberkas di sekitar Klang dan Shah Alam tiga hari kemudian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis yakin dapat menyelesaikan 10 kes pecah rumah dan tiga kes curi kenderaan mewah di sekitar Shah Alam, Puchong dan Subang Jaya.
sumber:http://ift.tt/1Iveteq
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire