mercredi 29 juillet 2015

MH17: Usaha Malaysia tubuh tribunal disekat veto Rusia


NEW YORK 30 Julai – Rusia menggunakan kuasa veto menolak resolusi yang dibentangkan oleh Malaysia kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan satu tribunal antarabangsa untuk mengheret pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine pada tahun lalu.

Pada sesi undian yang berlangsung awal hari ini, sebanyak 11 daripada 15 anggota majlis berkenaan menyokong draf resolusi tersebut yang diusahakan bersama oleh Australia, Belgium, Belanda dan Ukraine.

Namun, Rusia menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi tersebut manakala Angola, China dan Venezuela mengambil pendirian berkecuali. – AFP


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire