KUALA LUMPUR 30 Julai - Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, K. Ramalingam hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan kebenaran bagi membatalkan kandungan surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bertarikh 25 Jun lalu yang didakwa melucutkan keahlian beliau secara tidak sah.
Ramalingam mendakwa, surat tersebut bertentangan dan melanggar Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau selaku pihak pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini dengan menamakan Datuk Mohammad Razin Abdullah dan ROS masing-masing sebagai pihak responden.
Ramalingam yang juga Pengarah Strategik MIC turut memohon perisytiharan dengan mendakwa ROS bertindak secara berat sebelah dengan segelintir ahli-ahli CWC.
Peguam Kokila Vani Vadiveloo yang mewakili Ramalingam memberitahu pemberita, tarikh untuk mendengar permohonan tersebut belum ditetapkan oleh mahkamah. - UTUSAN ONLINE
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire