MEKAH 23 Sept. - Jemaah haji boleh berdoa meminta supaya meninggal dunia di Tanah Suci kerana perkara itu disebut dalam hadis.
Bagaimanapun, kata Pengurus Ibadat Mekah Musim 1435H, Shahrul Azam Noor Zeli, jemaah haji berkenaan haruslah terlebih dahulu menjaga keselamatan dan kesihatan diri agar yang didoakan itu bukanlah kematian sia-sia.
"Kita boleh minta mati di tanah haram (Tanah Suci)…boleh…tapi itu ikut bagaimana niat seseorang dalam berdoa kepada Allah. Ikut cara bagaimana, kalau tidak jaga keselamatan sehinggakan sengaja nak mati di tengah jalan, itu sudah jadi cerita lain.
"Kena serah diri kepada-Nya dengan penjagaan kesihatan diri perlu diteruskan," kata beliau di sini.
Shahrul Azam ditanya mengenai tanggapan segelintir pihak yang menganggap kepercayaan ramai orang Islam bahawa kematian jemaah ketika Haji atau di Tanah Suci memberikan mereka tempat di syurga sebagai karut.
Keadaan ini menjadikan ada kalangan bakal jemaah menyembunyikan masalah kesihatan kronik dalam kalangan mereka yang tiba di Tanah Suci dengan tekad untuk melaksanakan ibadah haji sebelum mendoakan kematian untuk diri.
Artikel Penuh: http://ift.tt/1r6g0jF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire