NEW YORK: Presiden Colombia Juan Manuel Santos berkata beliau menjangka Venezuela akan terpilih menganggotai kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan berharap negara berkenaan dapat memainkan peranan 'membina' dalam pertubuhan dunia paling berkuasa itu.
Pencalonan Venezuela mendapat sokongan sebulat suara daripada negara Latin Amerika dan Caribbean pada mesyuarat tertutup di New York 23 Julai lalu. Kedudukan itu menjadikannya lebih mudah memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan bagi mendapatkan kerusi yang mewakili rantau berkenaan dalam undi rahsia 193 negara anggota di Perhimpunan Agung PBB bulan hadapan.
Kerusi itu akan memberi platform berprofil tinggi kepada kerajaan sosialis anti Amerika Syarikat itu yang dipimpin Presiden Nicolas Maduro, yang mengambil alih daripada mendiang Hugo Chavez.
Venezuela sudah hampir pasti akan menyebelahi Russia terhadap Amerika Syarikat, dalam isu besar seperti Syria dan Ukraine.
"Saya berharap mereka (Venezuela) dapat mengekalkan pendirian membina," kata Santos. - AP
http://ift.tt/1mNSFm2

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire