CAIRO (Mesir), 31 Ogos : Seorang bilal di Mesir telah digantung tugas oleh pihak berkuasa selepas dituduh mengubah laungan azan kepada Solat itu adalah lebih baik daripada Facebook ketika bertugas untuk melaungkan azan di awal pagi pada Isnin.
Menurut sumber rasmi kepada AFP, tindakan itu diambil terhadap Mahmud al-Moghazi selepas mendapat aduan daripada masyarakat Islam setempat berkenaan hal tersebut.
Penduduk kampung di wilayah Beheira utara Kaherah melaporkan tindakan Moghazi, yang kemudian tampil menafikan tuduhan tersebut, kepada kementerian hal ehwal agama.
Pegawai kementerian Sabri Ebada berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu dan mengesahkan bahawa bilal tersebut kini digantung.
Kes ini akan dirujuk kepada perkhidmatan pendakwaan yang akan melihat bahawa undang-undang itu digunakan, kata Ebada.
Moghazi muncul lewat semalam melalui saluran televisyen swasta dan mengecam tuduhan itu sebagai pembohongan.
Beliau menuduh pihak pembangkang, Ikhwanul Muslimin menjadi dalang di sebalik kejadian tersebut.
Ini dilakukan bagi menghalaunya keluar dari masjid itu berikutan tindakannya yang menghalang aktiviti kumpulan berkenaan.
Saya melarang mana-mana kumpulan untuk menggunakan masjid bagi aktiviti selain berkaitan agama, katanya.
Beliau turut dilaporkan telah memulakan mogok lapar sebagai bantahan terhadap penggantungan ke atas dirinya itu.
Ikhwanul Muslimin telah menjadi sasaran sejak pihak tentera menyingkirkan Presiden Islam Mohamed Morsi pada tahun 2013.
Sejak Morsi digulingkan, ketua tentera dan kini Presiden Abdel Fattah al-Sisi, memperketatkan kawalan di masjid untuk mengelakkan sebarang kebangkitan sentimen Ikhwanul Muslimin.
Beribu-ribu imam telah lucutkan daripada tugas mereka, dan khutbah yang sama untuk masjid-masjid di seluruh negara telah diperkenalkan untuk solat Jumaat, dengan kementerian membuat keputusan mengenai tema setiap minggu.
Read more: http://ift.tt/1Fcuxgj
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire