lundi 31 août 2015

Suara rakyat matangkan sistem demokrasi negara

SHAH ALAM – Rakyat perlu diberi peluang untuk bersuara bagi mematangkan sistem demokrasi di Malaysia.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, rakyat haruslah diberi saluran yang cukup dalam menyuarakan pandangan seiring dengan hasrat kerajaan yang inginkan sebuah negara maju.

“Jika tidak dibenarkan bersuara dikhuatiri perkara ini boleh menjadi lebih serius kerana rakyat akan memilih untuk memendam rasa dan sekali gus melahirkan perasaan negatif yang membuak terhadap pemimpin serta sistem pemerintahan negara.

“Apabila perasaan yang dipendam meletus, saya bimbang perkara seperti rusuhan, rampasan kuasa akan berlaku dan ini akan menjadikan Malaysia lebih tertekan dan dihimpit dengan pelbagai masalah,” katanya.

Mohamed Mustafa berkata demikian ketika mengulas mengenai penganjuran perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan di ibu negara pada Sabtu dan Ahad lalu.

Menurutnya, kerajaan haruslah melihat secara terbuka perkara ini serta mengambil pandangan yang terbaik tetapi perkara itu semestinya masih mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Kerajaan juga bolehlah mewujudkan jawatankuasa atau agensi yang bertanggungjawab bagi menguruskan isu pandangan rakyat ini dan saya kira ia akan membuahkan hasil yang bernilai,” katanya.


sumber:http://ift.tt/1Uohy20


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire