IPOH - Umno dan BN perlu melihat kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke himpunan Bersih 4.0, kelmarin dari sudut kehendak rakyat, bukan atas kepentingan individu.
Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata, kemunculan Tun M itu, jelas menunjukkan kebersamaan beliau yang senada dengan suara rakyat menolak kepimpinan kerajaan sekarang.
Kita tak boleh nak tolak atau halang keinginan rakyat yang mahu menunjukkan mereka menolak kepimpinan kerajaan, ini bukan lagi suara kecil, mereka sudah pun zahirkan.
Jadi kita kena positif dan berdepan realiti, takkan nak tunggu BN ditolak dalam pilihan raya, baru nak bertindak, katanya.
Beliau menyifatkan kehadiran Tun M di Dataran Merdeka itu menghijack penganjuran Bersih 4.0 yang dipimpin pakatan pembangkang.
Saya positif dengan tindakan Tun M, lagipun dari segi apa yang dikata, dia bukan penyokong Bersih, cuma mahu bersama dalam agenda singkirkan kepimpinan sekarang, katanya.
Hamidah yang juga Ketua Wanita Umno Gopeng menyangkal dakwaan bahawa peserta yang mengikuti himpunan itu, tidak patriotik.
Kita tak boleh kata begitu kerana apa yang mereka lakukan sebahagiannya untuk negara, bagaimana rakyat nak ikut undang-undang sedia ada jika pemimpin pun tidak mematuhinya, katanya.
sumber:http://ift.tt/1VqUlyA
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire