dimanche 30 août 2015

kisah julaibab yang terlalu buruk wajahnya,masih adakah lagi seperti beliau

Julaibib adalah merupakan seorang pemuda yang berasal dari Kota Madinah. Sifat fizikalnya yang rendah dan tidak menarik menyebabkan beliau kurang dikenali di Madinah. Namun, Julaibib ra adalah salah seorang sahabat Rasullulah saw yang amat disayangi oleh baginda Rasullulah saw. Disebabkan keadaannya yang kurang menarik, masyarakat Madinah kurang senang dengan beliau di kota itu.
Julaibib juga seorang yang sangat miskin minum hanya beralaskan tapak tangan dan tidur hanya berbantalkan lengan, hanya tidur di masjid Nabawi. Apabila orang ramai melihat Julaibi ini orang menjadi takut tetapi Allah mengangkat martabat Julaibib ini.


Miskinnya Julaibib ini menyebabkan beliau hilang keinginannya untuk berkahwin.

Selepas peristiwa Hijrah , Baginda Rasullulah saw mengangkat martabat beliau dalam hadisnya yang bermaksud :"Sesungguhnya Julaibib ini sebahagian daripada aku dan aku sebahagian daripada dia" . Malah atas usaha Baginda Rasullulah saw, Julaibib dinikahkan dengan seorang gadis yang baik dan solehah.

Puteri yang menyedari bahawa peminangan itu adalah peminangan Rasullulah saw untuk Julaibib maka puteri itu mempersetujuinya. Sekalipun peminangan itu tidak dipersetujui oleh orang tua puteri ini.

Seraya puteri itu berkata:"Sanggupkah ayah dan ibu menolak permintaan Rasullulah saw? Tidak, demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaanNya. Bawalah aku kepada Rasullulah saw, nescaya beliau tidak akan menyia-yiakan ku....."

Lalu Rasullulah saw pun menikahkan Julaibib dengan puteri yang dipinang oleh Rasullulah saw dan terbinalah sebuah rumahtangga berdasarkan takwa dan redhaNya.

Lalu Rasullulah saw berdoa :


اَللّهُمَّ صُبَّ عَلَيْهِمَا الْخَيْرَ صَبًّا وَلَا تَجْعَلْ عَيْشَهُمَا كَدًّا كَدًّا
"Ya Allah! Limpahkanlah kepada keduanya kebaikan dan janganlah jadikan kehidupan mereka susah"

Julaibib kerap mengikuti Rasullulah saw dalam siri peperangan bersama-sama mempertahankan islam. Julaibib telah terkorban dalam peperangan mempertahankan agama islam. Semasa para sahabat membacakan nama para syuhada yang syahid nama Julaibib tidak disebut kerana tidak dikenali ramai atau tidak terperasan Julaibib.

Mereka pun beramai-ramai mencari dan memeriksa diantara orang-orang yang terbunuh itu. Akhirnya mereka menjumpai mayat Julaibib di suatu tempat tidak jauh di sisi 7 orang musyrik. Julaibib sempat bertarung dengan 7 orang musyrik dan akhirnya terkorban.

Mayat Julaibib dijumpai dalam keadaan terlungkup. Rasullulah saw berdiri memandang mayatnya Julaibib, lalu berkata:
"Dia membunuh tujuh orang lalu mereka membunuhnya. Lalu Rasullulah mengangkatnya di atas kedua lengannya dan memerintahkan sahabat agar menggali tanah untuk menguburkan Julaibib.

Setelah itu, mayat syuhada ini disemadikan oleh Rasullulah saw bersama-sama sahabat yang lain.
surahannurayat52

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
(Surah An-Nur ; 52)

Jelas, menunjukkan betapa tingginya darjat Julaibib yang syahid di jalan Allah SWT di sisi Rasullulah saw , walaupun beliau tidak dikenali daripada segi wajah,harta maupun pangkat namun beliau lebih mulia di sisi Allah SWT.


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire