lundi 31 août 2015

Murid darjah 6 mati lemas di pantai Desaru



KOTA TINGGI: Seorang murid lelaki Tahun Enam maut apabila cuba menyelamatkan sepupunya yang lemas ketika mereka mandi di pantai Desaru, Kota Tinggi, petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Abdul Rani, berkata mangsa, Mohamad Jadid Sulman, 12, dari Kampung Majidee, dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan Mohamad Shafiq Jasmawi, 12.

"Mangsa cuba menyelamatkan sepupunya tetapi gagal. Sepupunya diselamatkan oleh nelayan berhampiran, manakala mangsa hilang dari pandangan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dijumpai terdampar di tepi pantai di antara 10 meter dan 20 meter dari lokasi kejadian. - BERNAMA


Selanjutnya di : http://ift.tt/1Fc8Ixo


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire