lundi 31 août 2015

Siput penyelamat warga emas



Md. NAYAN (tengah) ketika tiba di jeti Kuala Gula, Bagan Serai selepas ditemui dua beranak di pinggir hutan paya bakau di Pulau Kalompang semalam.

BAGAN SERAI – Seorang lelaki warga emas yang keluar mencari siput belitung ditemui di pinggir hutan paya bakau di Pulau Kalompang, Kuala Gula dekat sini selepas dilaporkan hilang semalaman.

Md. Nayan Awang, 66, ditemui pada pukul 1.30 petang semalam dalam kea*daan lesu oleh orang kampungnya sendiri yang baru tiba di pulau itu untuk mencari siput belitung.

Menceritakan pe*nemuan Md. Nayan, Ropeah Atan, 47, berkata, dia bersama anaknya terdengar suara orang menjerit meminta tolong dari arah hutan berhampiran sebaik sahaja dia menambat sampan di pulau itu.

“Selepas meninjau-ninjau suara itu, saya kemudian terlihat kelibat seorang lelaki melambai-lambai tangan me*minta pertolongan dalam kea*daan lemah.

“Saya dan anak segera mendapatkan lelaki yang saya kenali itu lalu memimpinnya masuk ke dalam sampan dan segera pulang ke Perkampungan Nelayan Kuala Gula,” katanya yang membatalkan niat mencari siput belitung di kawasan itu.

Sementara itu, Md. Nayan memberitahu, sebelum hilang, dia bersama dua rakannya berpecah sewaktu mencari siput belitung di pulau terbabit kelmarin.



sumber:http://ift.tt/1x3d36R


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire