PEKAN - Kualiti guru yang baik adalah faktor utama dalam menentukan pencapaian pelajar sekali gus melahirkan insan cemerlang, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof.
Beliau berkata, peranan guru yang baik adalah menggerakkan transformasi pendidikan khususnya semasa berada di dalam kelas.
"Guru selalu bersama murid-murid di dalam bilik darjah dan mereka sahaja yang boleh melakukan transformasi berkaitan kaedah pembelajaran untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Pendidikan Antarabangsa Pekan (PIEC) 2015 di Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) dekat sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi PIEC, Datuk Ibrahim Awang Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali. - Bernama

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire