dimanche 30 août 2015

Minuman disuntik punca alami cirit-birit?



SHAH ALAM - Beberapa minuman didakwa telah dicemari yang diedarkan semalam telah menyebabkan beberapa peserta himpunan Bersih 4.0 sakit perut.

Berdasarkan sebuah rakaman video yang tersebar di laman sosial hari ini, minuman kotak berkenaan telah disuntik dengan benda asing dan diedarkan secara percuma oleh pihak yang tidak dikenali.

"Beberapa peserta meminum minuman tersebut dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur," kata Adrian, pelayar laman sosial yang memuatnaik video.

Sementara itu, penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah mendakwa terdapat pihak yang mahu mensabotaj perhimpunan berkenaan.

"Minuman berkenaan menyebabkan peserta sakit perut, muntah dan cirit-birit," katanya dipetik laporan Rakyat Post.

Beliau juga menggesa peserta dan orang ramai supaya tidak menerima sebarang minuman yang diberikan secara percuma oleh pihak yang tidak dikenali.

Satu laporan polis telah dibuat ekoran kejadian berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan mengambil maklum mengenai dua kes cirit-birit di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Disebabkan jumlah kes yang dilaporkan hanya dua kes setakat ini, tidak dapat dipastikan kaitan kes cirit birit tersebut dengan air minuman yang diedarkan.

"Kes cirit-birit tersebut adalah pada tahap tidak serius dan pesakit telah dirawat sebagai pesakit luar," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Kesihatan yang mempunyai sebarang simptom yang mencurigakan dinasihatkan untuk datang terus ke Jabatan Kecemasan dan Traumatologi HKL atau mana-mana hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera.



sumber:http://ift.tt/1LLjwKN


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire