lundi 31 août 2015

NGO buat laporan polis terhadap Tun M

KLANG - Sebuah badan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas tindakannya menghadiri perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka, kelmarin.

Laporan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, di sini.

Yang Dipertua persatuan itu, Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid berkata, tindakan Dr Mahathir yang ‘turun’ menyertai perhimpunan itu ibarat menggalakkan rakyat menyertainya.

“Persoalannya, mengapa beliau perlu pergi ke perhimpunan haram berkenaan. Pada pendapat saya, tindakan itu tidak perlu malah beliau tidak patut datang langsung.

“Apabila Dr Mahathir datang, rakyat yang berhimpun secara tidak langsung mengibaratkan kehadirannya sebagai ‘kepala’,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu. - Bernama


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire