Midah (kiri), Ayel (kanan) dan isterinya, Nora Tegeu masing-masing menunjukkan gambar anak mereka yang hilang dari asrama SK Tohoi di Gua Musang semalam.
GUA MUSANG Saya rasa kedua-dua anak saya sudah tiada (meninggal dunia).
Demikian luahan naluri seorang ibu tunggal, Midah Angah, 38, ekoran kehilangan kedua-dua anaknya dari asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pos Tohoi dekat sini sejak seminggu lalu.
Dua beradik itu ialah Norieen Yaakob, 10; dan Haikal, 8; Lima lagi yang turut hilang ialah Mirsudiar Aluj, 11; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7.
Bercerita lanjut, ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, kebimbangan mengenai nasib anak-anaknya itu memuncak pada Khamis lalu apabila dia terjaga daripada tidur dengan badan berpeluh dingin manakala nalurinya amat resah.
Saya terjaga daripada tidur pada pukul 3 pagi dan naluri saya ketika itu mengatakan Norieen dan Haikal ditimpa malapetaka, katanya ketika ditemui di SK Tohoi di sini semalam.
Katanya, dia yang mahu meredakan keresahannya itu terus mandi, malangnya pe*rasaannya tetap tidak reda.
sumber:http://ift.tt/1nisvSS
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire