Anak panda yang dilahirkan pada 19 Ogos lalu kini dikuarantin selama dua bulan di GPCC, Zoo Negara, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR Anak panda gergasi yang dilahirkan 12 hari lalu, kini mula menampakkan tompok hitam pada mata, hidung, telinga dan bahu.
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana (gambar kecil) berkata, tompok hitam pada haiwan seberat 380 gram itu merupakan ciri asas yang terbentuk pada seekor panda.
Kami dapati anak panda tersebut sudah mula menampakkan ciri-ciri panda dengan wujudnya tompok hitam pada beberapa anggota badannya, katanya di sini semalam.
Menurut beliau, anak panda yang memasuki usia dua ming*gu itu berada dalam keadaan sihat dan aktif, dengan hanya diberikan susu ibunya sahaja.
Katanya, anak panda dan ibunya, Liang Liang, akan dikua*rantin selama 60 hari sebelum ditayangkan kepada umum.
Meskipun hanya panda gergasi jantan iaitu Xing Xing yang berada di pusat pameran di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), Rosly berkata, jumlah pengunjung tetap tidak berkurangan.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire