KOTA KINABALU 22 Sept. - Sebanyak RM7 juta tunggakan kompaun berhubung kesalahan meletak kenderaan masih belum dijelaskan oleh pemilik kenderaan di ibu negeri ini sejak Mei 2012.
Sehubungan itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir menegaskan, pihaknya akan bertindak mengeluarkan notis tunggakan besar-besaran kepada mereka yang belum melunaskan kompaun berkenaan.
Menurut beliau, amaran itu diberikan selepas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bakal melaksanakan Sistem Kupon Letak Kereta baharu bermula 1 Oktober ini.
"Mereka yang membayar kompaun selepas tempoh pengampunan berakhir pada 3 Oktober ini, tidak lagi akan menikmati potongan atau pengecualian penalti.
"Sebaliknya mereka akan dikenakan caj 20 peratus daripada penalti atau caj tunggakan bayaran letak kereta masing-masing. Oleh itu, bagi mereka yang belum menjelaskan tunggakan kompaun, ambil peluang ini dan selesaikannya segera," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Kupon Letak Kereta baharu di pekarangan Bangunan DBKK di sini hari ini.
Abidin memberitahu, sepanjang bulan pengampunan ini, kadar tawaran kompaun yang dikenakan adalah RM30 bagi satu kompaun berbanding denda maksimum sebenar iaitu RM500.
Katanya, saranan supaya tunggakan dilunaskan segera dibuat bagi mengelak pengguna dikenakan denda pembayaran hampir sekali ganda.
Baru-baru ini, DBKK melancarkan bulan pengampunan untuk kesalahan meletak kenderaan dan akan berakhir pada 3 Oktober ini.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Sabah_&_...#ixzz3E4XhM2rR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire