JOHOR BAHRU 22 Sept. - Seorang wanita dan tiga anaknya kini hidup dalam ketakutan kerana 'diburu' ceti haram atau ah long selepas suaminya melarikan diri kerana tidak mampu membayar semula hutang sebanyak RM3,000.
Mangsa, Teo Siew Kim, 39, berkata, dia hanya mengetahui suaminya, Pa Quang Wee, 41, berhutang selepas ah long tersebut datang ke rumahnya di Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah pada 27 Ogos lalu.
"Beberapa kali ah long datang ke rumah saya, termasuk menyimbah cat merah, memecahkan cermin rumah dan merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) selain mengugut untuk menangkap saya.
"Ah long tersebut mendakwa saya menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut meskipun saya sendiri tidak tahu apa-apa tentang pinjaman itu," katanya hadir bersama Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA negeri, Kuo Song Tuck, di sini hari ini.
Akibat kejadian itu, suaminya yang bekerja membaiki pulih rumah di Singapura tidak lagi pulang ke rumah sehingga menyebabkan dia terpaksa bersembunyi di rumah rakannya.
Siew Kim yang mengambil upah menjahit baju tidak dapat meneruskan kerjanya memandangkan kesemua pakaian dan peralatan menjahit ditinggalkan di rumah mereka.
"Hendak pulang ke rumah pun saya takut. Saya harap ah long tidak lagi mengganggu saya dan anak-anak kerana yang pinjam daripada mereka adalah suami saya," katanya.
Dia yang khuatir kejadian tidak diingini berlaku terhadap diri dan tiga anaknya berusia antara sembilan hingga 17 tahun bertindak membuat tujuh laporan polis sejak kejadian tersebut.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Johor/20...#ixzz3E4XFZHat
© Utusan Melayu (M) Bhd

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire