samedi 28 février 2015

Isu hudud: Gobind Singh sudah faham – Suhaizan Kayat



Pertemuan antara Dewan Pemuda PAS Pusat dan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Gobind Singh Deo serta ADUN Kinrara, Ng Sze Han diadakan dengan tujuan membantu memudahkan perbincangan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) yang akan dilaksanakan sebelum pembentangan Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan. - Foto Facebook Suhaizan Kayat



KUALA LUMPUR, 28 Februari:



Pertemuan antara Dewan Pemuda PAS Pusat dan wakil DAP diadakan dengan tujuan membantu memudahkan perbincangan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) yang akan dilaksanakan sebelum pembentangan Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan.




Ketua Pemudanya, Suhaizan Kayat berkata pertemuan bersama anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Gobind Singh Deo serta ADUN Kinrara, Ng Sze Han itu berlangsung positif dan menampakkan ruang persefahaman yang baik.



Menurutnya, penjelasan dan perbincangan berkenaan diharapkan bagi memudahkan mesyuarat PR akan datang.



“Masing-masing sudah memahami mengenai Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan dan pertemuan berkenaan membincangkan macamana hendak membantu selesaikan perbezaan yang ada.



“Harapan Pemuda PAS adalah agar semua ahli mesyuarat PR mempunyai maklumat yang jelas, fokus yang sama, elak berprasangka buruk dan akhirnya membuat keputusan yang betul,” katanya kepada The Rakyat Post.



Pada 22 Februari lalu, Gobind yang juga Ketua Biro Undang-Undang DAP memberi amaran bahawa PAS tidak lagi akan dilihat sebagai sebahagian daripada PR jika ia membentangkan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bulan depan kerana langkah berkenaan tidak disokong gabungan pakatan pembangkang itu.



Ahli Parlimen Puchong itu berkata, hudud bukan sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama PR.



“Pembentangan rang undang-undang ini juga bertentangan dengan perjanjian yang dicapai dalam mesyuarat kepimpinan PR terakhir di mana dinyatakan dengan jelas perlu ada perbincangan lanjut di antara ketiga-tiga pihak sebelum langkah seterusnya diambil berhubung perkara itu,” katanya.



Tambah Suhaizan, perbezaan yang wujud antara kedua-dua parti sebelum ini berkenaan enakmen berkenaan ialah DAP melihat pelaksanaannya dari sudut Perlembangaan.



Jelasnya, PAS pula bertindak sebaliknya dengan melihat pelaksanaan hukum hudud itu dari segi tanggungjawab kepada Allah.



“Perbincangan yang diadakan itu diharapkan dapat membantu memudahkan mesyuarat PR akan datang serta dapat menjelaskan tanggungjawab yang ditanggung oleh setiap parti.



“Gobind juga setuju untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut dalam pasukan teknikal undang-undang PR,” ujarnya.



Read more: http://ift.tt/1aAoKIV




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire