KOTA KINABALU 26 Feb. Mengejutkan dan memalukan!
Demikian luahan hati puluhan ribu pengguna laman sosial Facebook yang mengecam tindakan sekumpulan individu dipercayai daripada sebuah keluarga yang bertindak mencuri pelbagai bara*ngan runcit di sebuah pasar raya di Putatan di sini Sabtu lalu.
Perbuatan memalukan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) hadapan premis berkenaan dengan durasi kira-kira 12 minit.
Bagaimanapun, keasyikan keluarga pencuri itu gagal dikesan pekerja kedai dan menjadi tanya tanda kedudukan pengawal kese*lamatan yang mengawal pasaraya berkenaan.
Sejak dimuat naik dalam laman Facebook menggunakan akaun milik 1 Suara Sabah, rakaman CCTV aktiviti buruk itu ditonton hampir 120,000 pengguna selain dikongsi kira-kira 3,400 pengguna.
Malah, rata-rata pengguna Facebook di negeri ini mengecam tindakan tidak bertanggungjawab keluarga pencuri berkenaan hingga sanggup mengangkut bakul yang diisi barang curi bersama.
Dalam rakaman CCTV itu, ke*luarga pencuri menggunakan taktik tipu helah apabila beberapa anggotanya dilihat berurusan di kaunter atau bertanyakan sesuatu barang kepada pekerja sebelum ahli keluarga lain bertindak melarikan barangan yang telah dihimpun di tepi pintu masuk.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitenden Azmir Abdul Razak mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya memburu tujuh individu yang dipercayai mencuri pelbagai barangan runcit sehingga mengakibatkan pemilik premis kerugian hampir RM5,000.
Kata beliau, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8 malam pada 21 Februari lalu.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, salah seorang suspek yang berperwatakan sebagai wanita tua berpura-pura bertanyakan sesuatu kepada penjaga premis berkenaan sebelum rakan-rakannya yang lain mengambil kesempatan membawa lari barangan curi.
Mengikut maklumat kita terima, ketika kejadian terdapat tujuh individu dengan lima daripadanya wanita dan dua lelaki yang berusia lingkungan 20 hingga 50an dikatakan mengunjungi pasar raya ber*kenaan untuk membeli barang.
Kesemua suspek melarikan diri namun gelagat mereka sempat dirakam menggunakan CCTV premis terbabit, katanya.
- See more at: http://ift.tt/1vDMpkX

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire