ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang ustaz kerana menyebabkan kematian pelajar berusia tujuh tahun, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Arau, Perlis, empat tahun lalu.
Hukuman berkenaan diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab ke atas tertuduh Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut di peringkat akhir pembelaan.
Mengikut kertas pertuduhan, Hanif didakwa membunuh kanak-kanak tersebut di antara pukul 6 petang dan 12 malam di bilik warden asrama Putra di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Arau, Perlis pada 31 Mac 2011.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Perlis, Badius Zaman Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Shakir Khairi. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://ift.tt/1CbCK7p
Hakcipta terpelihara

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire