mercredi 25 février 2015

Wanita Dikurung Dalam Bangsal Kerana Cinta Dilarang







KEJAM dan langsung tidak berperikemanusian.



Demikian luahan orang ramai apabila melihat gambar seorang wanita yang tinggal dalam bangsal dalam keadaan yang amat menyedihkan tersebar menjadi viral menerusi laman sosial.




Kejadian yang menimpa wanita bernama Zhang Qi, 24, yang tinggal di Kampung Jingang, wilayah Hubei, China ini mengejutkan seluruh dunia.



Dia didakwa dikurung di dalam sebuah bangsal dan dilayan tidak ubah seperti ‘binatang’ oleh kedua ibu bapanya sendiri gara-gara teman lelakinya tidak disukai.



Susulan itu, pihak polis telah membuka siasatan bagi menyiasat dakwaan yang tersebar berkenaan.



Zhang dikatakan dipaksa berpisah dengan teman lelakinya pada 2009 selepas keluarganya tidak merestui hubungan mereka.



Oleh itu, keluarga Zhang bertindak mengurung wanita itu di dalam bangsal selepas mangsa beberapa kali cuba lari dari rumah.



Menurut seorang penduduk, Chow Jen, 50, berkata ibu bapa Zhang sangat berpengaruh di kampung itu menyebabkan tiada siapa berani masuk campur hal keluarga mereka.



Bagaimanapun, dia yang tidak tahan melihat nasib Zhang yang diperlakukan sebegitu menbongkarkan kisah gadis itu di laman sosial selepas pihak berkuasa di sana tidak mengendahkan aduanya.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire