mardi 24 février 2015

Harga tiket Zoo Negara turun





HULU KELANG – Kadar pakej tiket masuk ke Zoo Negara dan Pusat Konservasi Panda Gergasi di sini untuk pelajar sekolah dikurangkan kepada RM10 berban*ding RM18 seorang pada harga asal.



Guru-guru yang mengiringi kumpulan pelajar sekolah tersebut pula akan menikmati pe*ngurangan kadar pakej tiket ber*kenaan sebanyak 50 peratus iaitu daripada RM30 kepada RM15 seorang.



Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel (gambar kecil) berkata, kadar baharu pakej tiket masuk ke Zoo Negara dan Pusat Konservasi Panda Gergasi itu akan berkuat kuasa mulai hari ini.



“Langkah pengurangan harga tiket ini merupakan sebahagian usaha untuk membantu me*ringankan beban rakyat dan me*ningkatkan minat orang ramai terhadap konservasi haiwan.



“Pihak Zoo Negara juga akan mempertimbangkan pakej diskaun yang lain. Keistimewaan ini sudah tentu akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat memasuki zoo,” kata*nya kepada pemberita selepas me**lancarkan Koleksi Khas Setem Kenang-Kenangan dan Sampul Surat Hari Pertama Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi di Zoo Negara di sini semalam.



Setem khas itu me*maparkan gambar panda Xing Xing dan Liang Liang iaitu pasangan panda yang dipinjamkan dari China.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire