Juhari di hadapan tandas awam Pantai Teluk Ketapang yang terkenal dengan kebersihan dan keselesaan.
< 1 / 1 >
TELUK KETAPANG - Bagi pengunjung setia Pantai Teluk Ketapang, pastinya tandas awam yang terletak di kawasan tumpuan ramai itu tidak asing bagi mereka.
Tandas tersebut bukan sahaja terjaga dari segi kebersihan, malah susun atur di tempat kemudahan awam itu cukup memberi keselesaan.
Bagaimanapun, tidak mudah untuk memastikan kemudahan awam itu sentiasa terjaga dan bersih, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan sekiranya masing-masing mempunyai rasa tanggungjawab.
Maka tidak hairanlah Juhari Mat Alias, 63, terus diberi kepercayaan untuk menyelia kemudahan awam itu sejak lebih enam tahun lalu dan sering menerima pujian memandangkan kebersihan dan keindahannya sentiasa terjaga.
Sejak dari mula diamanahkan untuk menjaga tandas ini, saya sentiasa memberikan penekanan terhadap aspek kebersihan, malah saya tak marah jika ada yang tidak memberikan duit ketika menggunakan tandas, tetapi saya akan marah jika mereka tidak menjaga kebersihan.
Saya sangat mementingkan kebersihan dan saya juga ingin mendidik orang ramai mengamalkan perkara sama kerana tandas ini adalah kegunaan bersama, katanya.
Katanya lagi, selaras kedudukan Pantai Teluk Ketapang yang sering menjadi tumpuan ramai terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum, adalah wajar baginya memastikan kemudahan orang ramai itu dijaga selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang sangat mementingkan aspek kebersihan.
sumber:http://ift.tt/1wmyj89
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire