jeudi 26 février 2015

15 premis nasi kandar kotor diarah tutup

KEPALA BATAS - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan 15 restoran dan kedai nasi kandar di negeri ini ditutup berkuat kuasa hari ini kerana beroperasi dalam keadaan kotor.



Ketua Unit Penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Ahmad Shukri Bakar berkata, daripada jumlah itu, enam premis berkenaan terletak di Seberang Perai Utara; Seberang Perai Tengah (dua); Timur Laut (tiga); dan Barat Daya (empat).



Beliau berkata, dalam operasi empat jam bermula 9.30 pagi tadi, pihaknya mengesan kesalahan menjijikkan seperti periuk berisi ayam siap diperap diletakkan di atas penutup longkang dalam keadaan terdedah.



"Ada juga bekas berisi ayam goreng diletak di sebelah tong sampah yang tidak berpenutup selain najis tikus bersepah di dalam stor menyimpan bahan mentah," katanya selepas operasi di Jalan Bertam di sini.



Beliau berkata, daripada 32 premis yang diperiksa di seluruh negeri ini, jabatan itu mendapati kebanyakan pekerja rakyat asing tidak memiliki sijil pengendali makanan selain tidak menerima suntikan tifoid. - Bernama




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire