Rompakan kedai emas di pusat komersial Jalan Niaga Utama, Kota Tinggi, petang tadi. FOTO Ahmad Othman -
Kota Tinggi: Kedai emas di pusat komersial Jalan Niaga Utama, Kota Tinggi di sini, dirompak empat lelaki bersenjatakan parang serta penukul yang menunggang dua motosikal, petang tadi.
Dalam kejadian 1.20 petang itu, empat lelaki yang berjaket hitam dan memakai topi keledar bertutup memberhentikan motosikal mereka di hadapan kedai emas berkenaan.
Tiga daripada mereka masuk ke dalam kedai, manakala seorang lagi menunggu di luar sambil menghayun serta mengacu parang ke arah orang ramai yang menyaksikan kejadian rompakan itu.
Mereka kemudian dilihat melarikan diri membawa barang rompakan dengan memecut motosikal sebelum motosikal itu ditinggalkan dalam kebun kelapa sawit di Jalan Kota Tinggi di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya masih melakukan siasatan, termasuk jumlah kerugian dialami pemilik kedai emas berkenaan.
- See more at: http://ift.tt/1wpQ4hi
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire