mercredi 25 février 2015

Tangan terbelah terkena mesin pencanai





Kuala Terengganu: “Mesin pencanai itu terlalu pantas melantun ke tangan kiri menyebabkan saya tidak sempat berbuat apa-apa,” kata Mohd Samsor Abd Latif, 41, yang terbelah tapak tangan kiri selepas terkena mesin pencanai di bengkelnya di Kampung Kelulut, Marang, kelmarin.



Bapa kepada sembilan anak itu berkata, dalam kejadian jam 11.45 malam itu, dia sedang menyiapkan kerja memasang papan pemuka kenderaan pacuan empat roda rakannya.



Menurutnya, dia menggunakan kepingan aluminium untuk mengubah suai papan pemuka kenderaan terbabit.



Katanya, ketika memotong kepingan aluminium berkenaan, mesin pencanai itu tiba-tiba melantun ke arah tangan kirinya.



“Entah bagaimana mata mesin pencanai tiba-tiba tersangkut pada aluminium itu dan terus melantun ke arah tapak tangan kiri.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.





- See more at: http://ift.tt/1zfOFKi




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire