AUSTRALIA: Barah Mulut selalunya dikaitkan kepada beberapa faktor risiko seperti merokok, alkohol, memakan makanan berempah dan menjalani diet bagi mengurangkan berat badan.
Namun satu kajian terkini mendedahkan, ia juga boleh berpunca dari menggunakan gigi palsu atau gigi yang tajam.
Pengkaji itu mendapati mereka yang tidak merokok 6 kali berkemungkinan menghidapi barah mulut, disebabkan hujung lidah yang selalu bergeser dengan gigi palsu atau gigi yang tajam.
Dr Christopher Perry dari Pusat Perubatan Watkin Australia menjelaskan, bahawa mereka yang menggunakan gigi palsu atau mempunyai gigi yang tajam yang sering bergeser dengan lidah harus menjaga kebersihan mulut dan serta diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan lanjut kerana ia boleh mencetuskan jangkitan barah jika tidak dirawat awal.
- Agensiberita/ag
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire