BEBERAPA anggota bomba berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang dihempap kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 22, Jalan Keningau-Sook, berhampiran Kampung Kebulu, Keningau semalam
KENINGAU Gara-gara mengantuk, seorang kanak-kanak perempuan maut manakala abangnya cedera parah setelah dihempap kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dalam kemalangan di Kilometer 22, Jalan Keningau-Sook berhampiran Kampung Kebulu dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kemalangan pada pukul 4.50 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Rabyatul Herman, 5, mati di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala selepas kenderaan yang dipandu sepupu mereka terbabas akibat mengantuk.
Abangnya, Jumar Herman, 22, cedera parah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di Hospital Keningau.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Supritendan Douglas Nyeging Taong berkata, sebelum kemalangan, kedua-dua mangsa bersama empat sepupu mereka dalam perjalanan dari Semporna ke Keningau dengan menaiki Toyota Vigo.
Kenderaan yang membawa bekalan ikan untuk dijual itu hilang kawalan selepas pemandunya berusia 54 tahun mengantuk sewaktu melalui kawasan selekoh yang menuruni bukit, katanya ketika dihubungi Kos-mo! semalam.
sumber;http://ift.tt/1nisvSS
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire