Keadaan salah seorang mangsa yang tercampak keluar dari Naza Ria yang terbabas di Kilometer 277.3, Lebuh Raya Pantai Timur berdekatan susur keluar Plaza Tol Chukai, Kemaman semalam.
KEMAMAN Hasrat lima sahabat menyertai pesta mencandat sotong di Marang berakhir dengan tragedi apabila dua da*ripadanya maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas di Kilometer 277.3 Lebuh Raya Pantai Timur 2 berdekatan susur keluar Plaza Tol Chukai semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa Khairuddin Yunus, 41, dari Pelabuhan Klang, Selangor dan Syaiful Nahar Mokhtar, 40, dari Felda Lurah Bilut di Pahang maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.
Pemandu MPV jenis Naza Ria berkenaan, Salsuriya Selamat, 41, dan penumpang, Rozaidi Ismail, 41 pula mengalami kecederaan ringan. Seorang lagi penumpang, Sharul Niza Mohamad, 29, dilaporkan me*ngalami kecederaan parah pada kepala.
Kelima-lima sahabat itu menaiki MPV terbabit dari arah Kuantan, Pahang menuju Marang, Terengganu.
sumber:http://ift.tt/1ssecht
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire